Thursday, 11 December 2014

Mukadimah Seorang Perantau

Assalamualaikum..

Apa khabar? Semoga sihat selalu.
Jadi ni ialah post blog saya untuk pertama kalinya. Eh macam formal pula hahah !

Saya Naseha. Merupakan pelajar tahun dua dalam jurusan Perakaunan di Plymouth University, UK. Haaa actually baru jer 3 bulan menetap di negara orang ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semua urusan dipermudahkan. Terima kasih pihak MARA kerana memberi peluang ini kepada saya dan rakan2 untuk melanjutkan pelajaran di UK.

Actually memang ada purpose saya wujudkan blog ni. Blog ni khasnya saya nak meluahkan apa yg terpendam dalam hati saya. bnyak sangat dugaan yg saya tempuhi especially since di negara org ni haaa. Masalah dgn kawan lah bagai. Kadang2 saya pun tak tahu nak mengadu ke saper.

Not to forget, sambil2 saya story masalah saya, i will share too about the amazing part of studying in the oversea. Yelah org cakap belajar sambil melancong kan. Hehehe saya bukan nak berlagak ke apa, tapi nak jugak jadi sumber inspirasi bagi mereka yg ingin melanjutkan pelajaran ke oversea.

Anything is possible! Believe in yourself. percayalah, saya dulu bukan antara top students pun. Result pun besa2 jaaaa. But org kata effort tu penting. Sambil2 jangan lupa berdoa kepada Allah SWT. Baru diberkati kan. Takper jangan risau, from time to time i will share my experience okeiiii.

But for now i need to have my beauty sleep. da lewat da pun. esok kelas pkul 9am kot. mak aihhh. 

So talk to you soon.


Love,
Naseha